Perkataan ‘organik’ pada masa sekarang semakin dikenali umum dan ramai pengetahui akan kebaikannya kepada kehidupan dan kesihatan. Banyak hasil makanan dan produk kini dikeluarkan dengan cara organik. Sehubungan dengan itu pengeluaran baja organik dengan cara semulajadi iaitu yang dicerna oleh cacing akan menghasilkan baja organik yang bermutu, tulin dan bersih.Setiap tanaman untuk kegunaan manusia memerlukan baja bagi menambahkan hasil keluaran. Penggunaan baja kimia bukan jalan penyelesaiannya kerana dalam jangka masa panjang ia akan menyebabkan tanah menjadi tidak subur, gersang dan masam.
Keadaan tanah tersebut menjadikan hasil tuaiannya kurang, tidak produktif dan mempunyai risiko sampingan kepada kesihatan. penyakit. Oleh itu pengunaan baja organik adalah jalan pilihan bagi mengatasi masalah tersebut kerana ia bersih dan bebas dari unsur yang tidak halal. Selain itu ia boleh menambahkan hasil tuaian yang bebas dari bahan kimia dan ia juga merawat tanah dalam jangka masa panjang bagi mengekalkan kesuburan tanah.
Selain pengeluaran baja organik perusahaan ini juga mengeluarkan sumber protein iaitu cacing. Produk cacing ini boleh digunakan untuk makanan ternakan, kosmetik dan perubatan.
Pembinaan kilang memproses baja organik dan memproses produk cacing masih belum wujud di Malaysia. Ini kerana penternakan cacing masih baru di negara ini dan belum mencukupi bagi membekalkan baja organik mentah dan cacing untuk proses di kilang. Insyallah dengan promosi yang berterusan usahawan baru akan terus bertambah dan pembinaan kilang tersebut akan terlaksana.
Perusahan ini berpotensi berdaya maju dan berdaya tahan di masa hadapan. Ini kerana pertambahan jumlah penduduk Negara maka akan bertambahlah jumlah permintaan makanan dan yang berhubungkait dengannya
Pada masa kini kerajaan membelanjakan lebih daripada RM1 Billion untuk mengimpot baja kimia dari luar negara dan kos tersebut akan terus meningkat dari masa kesemasa dengan kenaikan harga bahan tersebut. Pada tahun 2010 dasar kerajaan akan mengurangkan import baja kimia dari luar Negara. Sekiranya perusahaan ini dapat memenuhi 10% daripada pengurangan import tersebut yang bernilai lebih kurang RM10 juta, maka situasi ini akan menyokong lagi untuk memaju dan menambahkan permintaan keatas baja organik. Umpama rangkaian perkataan berikut:
“KEHIDUPAN MEMERLUKAN MAKANAN,
MAKANAN MEMERLUKAN TANAMAN DAN
TANAMAN MEMERLUKAN BAJA ORGANIK”
Sumber Rujukan: Kertas Kerja Perniagaan
comments
0 Responses to "Potensi Baja Organik"Post a Comment